Tuesday, September 6, 2011

Mukadimah.

Begini ceritanya...

Kami 10 bersahabat berkenalan 11 tahun yang lalu. Ahlinya aku (Jaja), Ema, Faten, G-ra, Mya, Mizah, Ili, Nana, Nad, Fanem. Masing-masing menuntut di SMK Abdul Rahman Talib. Tingkatan 1 masih naif lagi. Semakin menginjak usia seiring zaman persekolahan, kami makin rapat. Sampai sekarang. Tak syak lagi. Kami ZF.

Kalau dulu semua di Kuantan tempat makan pusing-pusing situ jugak, tambah dengan poket kering budak-budak hingusan duit poket 5ringgit sehari, tak banyak tempat makan yang kami teroka. Tapi sekarang masing-masing dah dewasa (eceh) pandai bawak kereta, kami panjangkan langkah meneroka tempat makan di luar Kuantan pula. Terutama di Lembah Kelang. Almaklumlah selain hobi membuat "road trip", kami juga sangat suka MAKAN!

Maka tujuan utama blog ini dicipta adalah untuk mempersembahkan "review" kami setelah mencuba makanan di pelbagai tempat di serata Malaysia. Ayuh sama-sama meleleh air liur menatap gambar makanan yang kami kepilkan!